Bila saya menerima panggilan talipon dari seorang ibu mengenai masalah anaknya yang degil dan seringkali lari dari rumah, hati kecil saya berkata sesuatu.. Saya berdiam diri dan kemudian meminta tempoh darinya walaupun kebiasanya saya akan memberi jawapan spontan tapi kali ini tidak. Bagi saya ada sesuatu yang lebih penting dari memberi nasihat iaitu memahami keadaan dan punca-punca permasalahan.
Hati kecil saya berkata :
Ini adalah suatu akibat.
PERMASALAHAN YANG MUDAH DAN KECIL AKAN MENJADI SUKAR DAN MENYAKITKAN HATI DAN PERASAAN JIKA TIADA RASA SYUKUR DNGAN NIKMAT YANG SEDIA ADA.
Maka saya mula alunankan perkataan الحمد لله berulang-ulang kali sambil saya tekankan pada diri saya kenapa saya perlu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah itu. Mulanya dada rasa terhimpit dan jelaslah ketika itu seolah saya tidak memberi ruang yang selayaknya untuk menilai diri saya.
Barulah saya bayangkan betapa banyak nikmat yang saya tidak lagi ucapkan tahmed dengan seikhlasnya.Wajah isteri saya, anak-anak perempuan saya dan segala pemberian Allah, saya pamerkan semuanya di hadapan mata saya.
Saya alunkan lagi kalimah ini. sehingga jiwa saya terbuka dan ruang yang sempit bagaikan bertukar menjadi lapang.
Pelik sungguh kita
Kenapa nikmat yang Allah kurniakan kepada kita itu kita rasa satu azab. Sepatutnya kita menikmati pemberian itu dan bukannya rasa terbeban.
قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ
Anak, suami, isteri atau siapa pun yang dianugerahkan kepada kita... bukan untuk menyusahkan atau menyakitkan kita. Bahkan untuk kita lebih bahagia dan terkesima memilikinya.
Jika kita diberi kulit hitam atau mulut sumbing, syukurlah.. kerana itu anugerah.
Jika diberi penyakit apa jua jenis... dalam kita menanggung sakit kita patut bertahmed... kerana itu satu anugerah.
Namun nikmat ini akan menjadi satu bebanan dan azab jika kita tidak tahu menghargainya.
Bila penilaian kita salah maka tindakan kita akan menghasilkan masalah.
Mengapa perlu kita buang epal kerana merasa pahit ketika menjamahnya. Jelaslah ada perkara yang tidak betul perlu diperbetulkan dalam diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan