Khamis, Jun 9

Rahsia antara azan dan iqamah solat subuh

. .



SOLAT SUNAT

Dikatakan Nabi solat dengan ringkas 2 rakaat solat sunat subuh

Nabi pernah bersabda :
2 rakaat sunat fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala yang terkandung di dalamnya.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim

Nabi juga pernah bersabda
Tidak memelihara sunat fajar melainkan orang-orang yang awwab( rajin kembali kepada Allah)
Diriwayatkan oleh Al Baihaqi

Nabi akan membaca selepas selesai solat sunat subuh :

اللهم رَبّ جِبْرِيلَ وَإِسْرَافِيلَ وَمِيكائِيلَ ومُحَمَّدٍ النَّبي أعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

 3x




Antara bacaan selepas Fateha di dalam sunat subuh :

  1. Ayat 136 dari surah Al Baqarah pada rakaat pertama dan ayat 64 dari surah al Imran pada rakaat kedua iaitu :

{ قولوا آمنا بالله وما أنزل إلينا وما أنزل إلى إبراهيم وإسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط وما أوتي موسى وعيسى وما أوتي النبيون من ربهم لا نفرق بين أحد منهم ونحن له مسلمون }
dan
{ قل يا أهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألا نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ولا يتخذ بعضنا بعضا أربابا من دون الله فإن تولوا فقولوا اشهدوا بأنا مسلمون }


  1. Surah Al Kafirun di rakaan pertama dan Ikhlas di rakaat kedua seperti yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi


  1. Surah Al Insyirah pada rakaat pertama dan surah Al Fil pada rakaat kedua

Dikatakan barangsiapa yang membaca Surah Al Insyirah pada rakaat pertama dan surah Al Fil pada rakaat kedua akan dijauhkan atau boleh menyembuhkan dari penyakit buasir.

Dari hikmah Imam Ghazali mengatakan barangsiapa membaca kedua surah ini pada sunat subuh akan menghentikan tangan musuh yang ingin menganiayainya, tiada jalan untuk meneruskan rancangan jahat mereka.





BARING MENGADAP KIBLAT DI ATAS LEMBUNG KANAN

 ( boleh juga dibaca dalam keadaan duduk, Cuma jika baring lebih mengingatkan kita seperti berada di dalam kubur)


Sambil baring Nabi dikatakan membaca doa

اللهم رَبّ جِبْرِيلَ وَإِسْرَافِيلَ وَمِيكائِيلَ ومُحَمَّدٍ النَّبي أعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

3x



Jika mahu, disambung

اللهم أَجِرْنِي مِنَ النَّار    7x
اللهم أَدْخِلْنِي الجنة   7x
الـمَوْت الموت ،
اللهم كَمَا حَكَمْتَ عَلَيَّ بِالْمَوْتِ
أَنْ تَكْفِيَنِي شَرَّ سَكَرَاتِ الْمَوْت




Nabi juga dikatakan membaca

إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيْراً كَبِيْرا





DOA MENGEKALKAN IMAN

Dibaca antara sunat subuh dan Iqamah

يَا حَيّ ُ يا قَيُّوْمُ لا إله إلا أنت  40 x
 




DOA LUASKAN REZEKI

Baca 100x

لا إله إلا الله المَلِكُ الْحَقُّ المُبِيْن

Atau baca 100x

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سبحان اللهِ العَظِيْم، أَسْتَغْفِرُ الله
 


terima kasih kerana kunjungan anda

2 ulasan:

Matahari berkata...

Salam ustaz, suka sgt entry ustaz kali ni..
sgt mmbntu..
syukran..

ibnsolah91 berkata...

amalan yang baek. syukran Ustaz.