Ahad, Mac 18

Hati adik runsing amat...




Apalagi yang tak diberi, segala layanan sudah cukup dicurah, bakti khidmat habis tenaga sudah dikerah…  tapi abang masih lagi nak pasang satu. Nak kata larat tak juga, nak kata mewah huh makan pakai pun sekadarnya“.

………….

Pertamanya ingatlah bahawa lelaki itu fitrahnya bernafsu dan kebiasaannya memang ada niat untuk mencuba kelebihannya. Cintanya di mata, jarang sekali masuk ke hati atau  duduk diam bertahta di dalamnya. Kalau tulus cintanya maka hidupnya lurus. Kalau beraja nafsu maka banyak tingkah lakunya palsu.

Oleh itu jangan benarkan mereka mencari helah atas kelalaianmu.
Jangan kerap biarkan mereka makan bukan air tanganmu.
Jangan biarkan mereka tidur keseorangan tanpa mendengar suaramu walaupun jarak yang jauh…
Pastikan suaramu menemaninya.

Kalau dia kata kamu ‘queen control’ biarkanlah…  dari kamu ‘lost control.

Keduanya pastikan kamu benar mencintai Allah. Apabila diuji dengan perangai suamimu, periksa cintamu kepada Allah. Maka berbanyak taubat dan mengucap. Kalau kamu ikut marah dan sakit hatimu nanti kamu jua yang teraniaya dan tersingkir.

Ketiganya jangan diberi kata dua pada lelaki sebab memang mereka ini golongan yang suka sangat soalan objektif. 

Mereka kebanyakannya tidak mahu dijerkah.

Bila sahaja terjerat, mulalah ego mereka kuat

Dan apabila sudah parah mereka nekad.

Kamu pula terperangkap.

Bila kamu bagi kata putus dengan tujuan nak menunjukkan betapa seriusnya kamu…

Akhirnya mereka melafazkan.

Gunakan talian hayat selagi boleh. Gunakan mertuamu, adik-beradik iparmu dan guru-gurumu. Jangan pendam dan simpan. Jika ada amaran keras dari suamimu maka jangan dilayan keras tapi bijak membalas tanpa ada kata sindiran dan cacian.

Tapi kalau kamu rasa dia mampu segala-galanya dan baik pekertinya padamu, jangan pula kamu halang. Kamu malah mencarikan yang boleh kamu bersahabat dan berkongsi duka.

Wallahu a’lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...